add!

Followers

Tuesday, January 14, 2014

Hello 2014!

Salam.... belum terlambat rasanya untuk ucapan selamat tahun baru walau sudah lewat 13 hari. Tiba2 di malam yang sejuk bersama angin sepoi2 bahasa ni, aku teringat dengan blog yang sudah sangat lama aku abaikan.

Nah kau! Tak sampai 10 entry di tahun 2013! So sad... Why? Entahlah... sedangkan terlalu banyak peristiwa yang tidak aku duga telah berlaku di tahun 2013 ini.

1 Jun 2013..

Tepat jam 1600, maka selamat lah aku bergelar tunangan orang. Tunangan kepada seorang lelaki yang telah aku kenali selama 5 tahun. Aku sendiri pon terkejut dengan apa yang telah berlaku. Selama ni parents aku memang tidak memberi sebarang keizinan untuk aku berkahwin walau 1% sekalipun. Tiba2, diberi izin 100% dan aku cuma ada masa 2 bulan saja untuk persiapan dari tarikh yang dirancang. Sudahlah aku sibuk dengan praktikum, study, exam. Even cuma engagement day, memandangkan aku yang sulung dan tiada pengalaman, maka aku gelabah tak hengat dibuatnya.




Biru turquoise jadi pilihan. Hantaran sepenuhnya aku upah orang, dan sempat tengok barang seminit dua saja sebelum bertukar tangan. Photo by Danial Radzi. Baju peplum labuh mama sponsor tempah kat orang vietnam, tudung labuh tutup dada by Eja Shahril, and veil yang sangat gojes by Dyang Azura Collection. Make up by Kak Su yang sangat peramah. Pelamin semua buat sendiri and lantern ball by Paper Lantern N' Boxes. Semua aku tibai beli online memandangkan busy sangat rasanya masa tu sampai tak sempat nak keluar beli barang.

30 November 2013

Tepat aku berusia 22 tahun 2 hari, maka selamat lah aku bergelar seorang isteri. Bertukar status secara rasmi dari cik kepada puan. Abah aku sendiri yang nikahkan. Terima kasih abah sudi tunaikan permintaan kakak.


Baju sepenuhnya mama sponsor beli dari Bandung terus. Glitter shawl beli kat tepi jalan je. Veil sewa dengan Imah. Imah ni blogger, and dia buat perkhidmatan sewa veil. Memang cantik2 semua veil yang dia buat. Sampai aku pun tak tau nak pilih mana satu. Make up by Kak Su yang sangat baik hati. Photo wedding by Danial Radzi juga. Senang nak berurusan dengan dia sebab adik sendiri kan. Maka boleh lah aku demand lebih.

14 Disember 2013

Majlis sebelah perempuan di Kampar. Tema kuning purple. Aku dengan berani matinya memilih warna yang sangat pelik dan tak pernah dibuat orang (mungkin ada sebelum ni cuma aku je yang tak pernah jumpa). Alhamdulillah, nasib baik menjadi. Warna yang terhasil berjaya mendapat feedback ramai dan sejak tu makin banyak pulak trend kuning purple yang aku jumpa.




Set baju dan pelamin serta mekap by D'manis Boutique. Photoshoot wedding yang sangat superb by Lens Emotion Photography. Yang lain2 tu ada dari kedai borong, A TU Z Wedding House, and macam2 yang tak termampu daku sebut di sini.

Kenduri belah lelaki masih belum berlangsung. InsyaAllah jika tiada aral melintang akan berlangsung bulan 3 nanti.

Apa perasaan menjadi isteri orang?

Entah. Satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Sebenarnya masih lagi dalam mood tak percaya dah bergelar Puan. Rasa macam pantas sangat masa berlalu. Masa mula2 lepas nikah dulu, kadang2 lupa juga dah jadi puan. Alhamdulillah, cinta selepas nikah adalah halal dan lebih bermakna. Satu perasaan yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Itulah nikmat pernikahan.

Namun, aku telah bertemu dengan pelbagai peristiwa yang aku kira sebagai hikmah semua ini berlaku dengan terlalu pantas. Alhamdulillah, sesungguhnya qada' dan qadar Allah itu juga adalah yang sebaik-baiknya.

Apa yang boleh aku kongsikan, jika sudah ada calon yang sangat sesuai untuk dijadikan pasangan hidup dunia akhirat, segeralah bawa berjumpa ibu dan ayah. InsyaAllah, jika benar dia adalah yang terbaik, Allah akan permudahkan segalanya.

Doakan kebahagiaan kami..

Wednesday, June 5, 2013

Khas Buat Para Ibu

Duhai para Ibu...
jagalah tutur katamu...
jangan menutur ikut perasaanmu...
kerana setiap perkataan yang keluar dari bibirmu
adalah doa buat anakmu
walau tanpa sedetik niat 
walau sekadar senda gurauan..

Sebagai anak kami mohon...
jaga tutur katamu.....
jaga lidahmu....
jaga amarahmu...

~tanamkan sifat sabar dalam diri... yakinkan hati pewaris yang telah susah payah dilahirkan itu adalah senjata utama untuk ke syurga.... doa anak yang soleh~

Tuesday, March 5, 2013

Perfume Pecah

Hari ni hari butang merah. Dari pagi. Ada je benda yang tak kena.

Sampailah maghrib tadi. Perfume Enchanteur kesayangan pecah. Pecah berderai di atas kaki dengan sadis. Dan kaki pun berdarah. Sob3...

Satu hal kena bersihkan. Tak pasal2 jadi Cinderella maghrib2 ni. Sob3..



Macam selalu dalam drama, kalau kaca pecah je mesti ada something yang jadi. Well.. tu la yang saya rasa sekarang. Tak sedap hati...

Teringat Mama yang tengah enjoy di Bandung.... Ya Allah peliharalah ibuku sepanjang masa..
Teringat Abah dan Ikram di rumah... semoga mereka baik2 saja..
Teringat Danial di Matrik Perak... semoga Allah lindungi kamu..
Teringat Atuk yang sangat2 aku manja dan sayang... Moga atok sihat2 selalu..
Teringat kepada si orang tu, orang ni...

Bila ada perasaan macam ni, mulalah negative thinking. Sampai apa yang muncul dalam fikiran sekarang, apa2 yang jadi nanti, aku tak kira, aku sanggup drive Anggun balik Perak even tengah malam sekalipun.

*Anggun- Viva kesayangan.

Ya Allah... jauhkanlah rasa resah gelisah ini dari hati hambaMu ini... Semoga semua baik2 saja.. Amin..

*Nasib baik ada perfume spare...huhu